Suasana sekitar resort ini sangat tenang dengan kelebihan bilik menghadap ke pantai dan bermacam-macam aktiviti yang menarik menjadi tarikan pengunjung yang ingin bercuti disini. Lagi seronok kalau datang beramai-ramai untuk family day, reunion dan percutian santai dengan keluarga.
Lokasi resort ini terletak berhampiran Pantai Penyabong yang cantik dan mempunyai kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Kawasan resort yang lapang sangat sesuai untuk buat aktiviti hari keluarga.
Anak-anak pula rasa seronok kerana pertama kali mandi air laut dan bermain di pasiran pantai.