Sunday, June 26, 2022

VISIT KLUANG

 


Kluang merupakan nama sebuah bandar yang terletak di negeri Johor. Bandar rel ini terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggaranya Batu Pahat, baratnya adalah Mersing dan sebelah selatannya adalah Segamat. Bilangan penduduk kini melebihi 350,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai lebih kurang 200,000 orang penduduk.

Wednesday, June 22, 2022

WET WORLD BATU PAHAT

 


Wet World Batu Pahat ini khas untuk orang Johor yang nak main air. Tiket masuk jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Wet World di tempat lain. Masa awal buka dulu, satu-satunya taman tema air di Johor. Tapi sekarang dah ada taman air di Legoland dan Desaru Coast. Menurut info, tempat ini sekarang telah pun ditutup.





REPLIKA BATU PAHAT

 


Asal usul Batu Pahat disusur kembali melalui lagenda abad ke -15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak.


Saturday, June 18, 2022

DURIAN SEGAMAT

 


Segamat sememangnya sangat sinonim dengan durian, sebut sahaja nama daerah ini pasti rata-ratanya akan teringat tentang keenakan buah itu. Boleh dikatakan daerah Segamat ini sebagai 'syurga durian' setiap kali tibanya musim raja buah.

BATU PAHAT

 

Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muarm barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke 12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.


GUNUNG LEDANG

 


Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.

Wednesday, June 15, 2022

KEDAI PAK UDA SEGAMAT

 


Singgah sebentar di Restoran Pak Uda untuk makan malam di Segamat (Jalan Segamat Kuantan). Dibuka pada petang sampai ke malam.

PANTAI PENYABONG

 


Pantai Penyabong terletak di kawasan Endau, dalam 20 km dari bandar Endau dan 40 km dari bandar Mersing. Pantai Penyabong juga pernah dikenali sebagai Pantai Pasir Lanun. Menurut cerita lanun pernah menjadikan pantai ini sebagai tempat persinggahan dan bersembunyi, mereka sering melakukan aktiviti menyabung ayam.




MERSING

 


Mersing merupakan nama kepada bandar dan daerah di timur laut negeri Johor. Daerah ini mempunyai keluasan 283,847 Hektar. Kini terdapatnya pertambahan penduduk disini dengan adanya Institut Latihan Perindustrian, Politeknik, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, sebuah kem tentera Kem Iskandar dan 2 buah kem Khidmat Negara di Sekakap dan Teluk Sari.


HOMESTAY SEGAMAT